Makluman Keselamatan ICT - Emel Palsu (Helpdesk Service@UKM)

Waspada dengan e-mel palsu yang diterima bertajuk “Helpdesk Service@UKM".Sila abai atau hapus e-mel seumpama ini yang meminta pengguna untuk memberi maklumat peribadi. Pihak pentadbir tidak akan sekali-kali meminta pengguna untuk memberi maklumat peribadi melalui emel. 

Sebarang pemakluman hanya akan disebar melalui portal web PTM, eWarga dan ePelajar.